search

Custom Search

link

google

Rabu, 27 Maret 2013

molekul senyawa


Kajian mendapati molekul pertama terhasil dalam ruang angkasa (kosong),selepas atom. Molekul boleh diterjemahkan sebagai blok pembinaan sesuatu kehidupan yang berasaskan kepada Nitrogen, Oksigen, Hidrogen dan Karbon.
Sistem kimia kehidupan di atas bumi terdiri daripada dua jenis molekul iaitu protin dan asid-asid nukleik yang saling bekerjasama dalam kaedah yang paling khusus. Molekul terkecil pernah diketahui ialah Hidrogen dan unsur yang paling banyak memenuhi ruang alam semesta.
Secara umumnya, sesuatu molekul adalah bagian terkecil daripada sebagian kimia yang tulen yang mengekalkan komposisi dan sifat-sifat kimianya. Molekul secara sainsnya adalah gabungan dua atau lebih atom yang sepenuhnya stabil secara elektrikal dengan entiti neutral.
Di dalam sesuatu molekul, atom-atom digabungkan dengan perkongsian pasangan-pasangan elektron melalui ikatan kimia. Ia boleh didapati dalam bentuk gabungan elemen unsur yang sama seperti Oksigen (O2) atau elemen berbeza seperti air (H2O).Molekul air yang mempunyai ikatan molekul di antaranya telah dikenal pasti mempunyai kelikatan yang tersendiri yang menjadikannya cecair seperti bentuk yang kita lihat. Saintis telah mengakui daya kelikatan molekul inilah menjadi teras kehidupan dan alam semesta.
Molekul mempunyai keseimbangan tetap yang diukur secara geometri iaitu sudut dan panjang kuasa ikatan. Kuasa ikatan ini secara berterusan bergetar atau berputar di atas ketetapannya.Sesuatu sebatian asli terdiri daripada molekul-molekul dengan purata struktur geometrikal  yang sama.

Formula kimia dan struktur bagi sesuatu molekul adalah faktor terpenting dalam mengenalpasti sifat kereaktifan molekul tersebut.Kajian mendapati molekul mempunyai spektrum tenaga menurut tahap-tahap tertentu. Di antara bentuk tenaga yang dapat diukur ialah gelombang elektromagnetik (pancaran elektron) dan juga gelombang magnetik. Selain dari pada itu, sifat-sifat yang juga mampu dikesan pada molekul ialah polariti, fasa jisim, warna, densiti (kepadatan), tekanan dan aktiviti biologi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Silahkan tinggalkan komentar anda di bawah ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut

Like Facebook